♡ Love me


Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah?
Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati
kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat
menemaninya setiap waktu ?

Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. 
Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk 
menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan 
itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan 
perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. 
Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. 
  Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perole
adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

 Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini
akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa 
     berkorban hati dan perasaan. 
  Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

   Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, 
       akan buat jiwa merana.