My Future ~,~


Masa depan ?? Kemanakah hala tuju ku selepas ini .. masih bekerja sambilan seperti sekarang atau menganggur mungkin juga sambung degree ? yang terbaik untuk aku smbung degree .. masih mampukah untuk aku terus berjuang mencapai impian orang tua ku ? ibu ayah jika ini jalan terbaik untuk nadia mampu buat ibu dan ayah gembira akan nadia tunaikan walaupun hati ini sukar untuk terima , untuk berjauhan .. walaupun aku jatuh,tersadung berjuta kali tetapi tidak mudah untuk aku menyerah diri .. penat lelah dari raut wajah ibu ayah mencari rezeki membuatkan aku teruskan masa depan yang cerah tidak mudah untuk aku sia siakan .. ya allah permudahkanlah segala urusan kami agar kehidupan ini diberkati .. kuatkan lah semangat aku untuk aku buktikan pada mereka yang aku mampu mencapai degree suatu hari nanti .. berilah ketabahan didalam diriku dengan segala dugaan yang mendatang .. nadia kena kuat sbb nadia yang sulung kena buktikan dekat adik adik , ibu ayah , sedara mara , atok nenek dan semua orang bahawa nadia mampu jadi orang yang berjaya .. ibu ayah doakan akak berjaya suatu hari nanti ok akak tanak tengok ibu susah susah lagi bekerja keras ,tiap malam ibu mengeluh sakit penat seharian menjaga budak2 , melayan karenah mereka .. tapi ibu tetap kuat untuk mencari rezeki tambahan untuk keperluan hariannya , ibu tidak penah mengeluh demi mencari rezeki biarlah dia sakit agar anak anak nya hidup selesa :'( dan akak tanak tengok ayah susah lagi dekat office kadang kadang ayah balik lambat sebab nak cari duit lebih banyak benda yang ayah kena selesaikan pening dia memikirkan semuannya .. akak tahu semua tu betapa susahnya nak cari duit untuk menyara kakak dan adik adik .. akak tau kita bukan orang senang macam orang lain tapi kita bersyukur sebab mempunyai kehidupan yang sederhana :') akak tanak dah mintak duit dekat ibu ayah lagi biarlah duit tu bagi dekat adik adik yang masih sekolah , akak nak hidup berdikari biar susah mana pun akak, akak tetap kena usaha sendiri :'( bila akak kerja akak tetap bagi ibu ayah walaupun x banyak tapi hasil dari titik peluh akak sendiri .. bos dekat tempat kerja akak selalu bagi nasihat dekat akak sentiasa hormat dekat orang tua dpt gaji bagi diorang walaupun x banyak .. akan ku ingat segala pesanan itu .. ibu ayah jika akak ada rezeki yang lebih akak janji akan kurangkan beban yang ayah dan ibu tanggung sekarang ini .. akak nak jadi anak yang baik yang taat pada ibu ayah .. Sayang ibu ayah sangat2 ~ (dari anakmu)


MyLyLNotes:
Akan ku beri kesenangan kepada mereka kelak .. ya allah kuatkanlah semangat hambamu ini ..