Dinginnya malam yang sunyi dan tenang banyak perkara yang aku perlu fikir terutama sekali masa depan aku berat tanggungjawab sebagai seorang kakak , yang ingin buat yang terbaik di mata ibu ayah , di mata adik beradik,keluarga dan semua orang . Mampukah aku membuktikan kepada mereka tentang kerjaya aku , kehidupan aku nanti ? Kuatkah hamba mu ini lalui dugaan dan cabaran yang besar ini ya Allah . Berikanlah petunjukmu supaya aku terus bertahan dengan doa yang aku pinta tiap hari . Kau maha mendengar lagi maha mengasihani aku mohon agar aku semangat dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan , kau permudahkanlah urusan hamba mu ini , dengan usaha yang aku buat selama ini dapat membuahkan hasil kepada aku suatu hari nanti . Kuatkan hati aku sekuat hati ibu ku , susahnya beliau tidak pernah dia tunjuk apa yang anak anak mahukan dia usahakan tanpa mengeluh , dia tidak pernah menghampakan hati kami walaupun payah dia sentiasa ada untuk kami . Aku mahu jadi seperti dia yang kuat hadapi semua ini biar apa orang kata dia hanya diam dan abaikan . Dia senang ampunkan salah orang , cepat kasihan kan orang . Kenapa aku x seperti dia aku hanya tahu menangis sendiri , lemah dengan tangisan , menangis tanpa usaha .. ibu kuat ibu idola ku aku mahu jadi seperti dia yang tidak peduli apa orang kata , yang selalu berusaha untuk capai apa yang dia impi , tidak pernah mengeluh dan hasilnya rezekinya selalu melimpah ruah . Ibu aku akan ikut jejak langkahmu yang pemurah , tabah dan baik hati . Kakak sayang ibu :*